SINOPSIS:
SINOPSIS
BAB 1 – NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH
Bab 1 –
Inilah Dunia Kami
Sebaik sahaja sang suria memancarkan sinarnya, Pak Katan sudah bersiap
sedia untuk ke hutan bagi memulakan pekerjaan rutinnya, iaitu mencari rotan di
hutan. Adit turut bersama-sama ayahnya mencari rotan di hutan pada pagi itu.
Adit sudah lali dengan kerja-kerja mencari dan menyediakan tali untuk mengikat
rotan yang bakal dikutip dari hutan. Sebelum itu, Adit pergi ke sungai terlebih
dahulu untuk mengangkat belat yang dipasang oleh ayahnya dengan harapan mereka
mendapat banyak ikan. Nasib menyebelahinya kerana belat yang dipasang dipenuhi
dengan ikan-ikan yang terlekat. Setelah itu, dia meletakkan kembali belat
tersebut dan mendayung sampannya pulang ke rumah, serta bersiap-siap untuk
menemani ayahnya ke hutan selepas sarapan pagi.
Nota:
Bab 1 ini mengisahkan penduduk orang asli kaum Jahut yang tinggal
dikawasan hutan di Bukit Lokan. Mereka mengamalkan kepercayaan anemisme yang
masih tidak mempunyai agama. Pak Katan ialah ayah kepada Adit. Isterinya Mak
Tawi. Mereka tinggal di rumah yang beratapkan rumbia. Mereka menyara diri
dengan mengutip hasil hutan seperti rotan, memburu binatang dan bercucuk tanam.
Bab 2 – Rutin Harian Adit Bermula
Adit dan ayah ke hutan. Adit berpakaian lusuh tidak menghiraukan
keadaannya itu, lantaran kehidupannya miskin. Mereka mendamar dan mengutip
hasil hutan untuk membeli makanan dan keperluan harian, tetapi kurang mampu
untuk membeli pakaian baru.
Masyarakat menjual hasil mereka kepada tauke Cina. Tahap pendidikan yang
rendah dan kemudahan infastruktur yang sangat menyedihkan menyebabkan kehidupan
mereka terhimpit. Pekan terhampir kira-kira 30km dan barang keperluan hanya
diperolehi melalui pekerja balak yang berulang-alik ke sana. Agensi kerajaan
ada membantu, tetapi mereka selesa di sini.
Masyarakat di situ masih berpegang teguh pada kepercayaan nenek moyang
dan sanggup bermati-matian demi warisan hutan nenek moyang mereka. Namun,
penerokaan menghimpit kehidupan mereka. Adit tidak bersekolah biarpun sudah
berusia hampir 11 tahun, sementelahan ayahnya yang mementingkan ilmu hutan
sebagai pendidikan asas kepada Adit.
Persoalan ditimbulkan Adit mengenai kepupusan hasil hutan dan nasib
mereka, akan tetapi dinafikan oleh ayahnya yang sedar akan realiti itu. Seraya,
Adit teringatkan akan Akeh, satu-satunya rakannya bersekolah,tinggal di asrama
dan ditanggung oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Bercita-cita menjadi jurutera,
Akeh ingin berbakti kepada masyarakat orang asli.
Minat Adit untuk bersekolah timbul dengan ajakan dan cerita-cerita Akeh,
tetapi, tidak dinyatakan kepada ayahnya.
Bab 3 Impian Adit
Dalam bab ini memfokuskan Adit yang terlalu ingin ke sekolah. Hasratnya
itu akhirnya diluahkan semasa berakit membawa rotan. Namun, permintaannya itu
dibalas dengan pendirian ayahnya yang mementingkan tradisi sedangkan tujuannya
mengubah nasib keluarga. Biarpun Pak Katan memahami, tetapi dia mahukan Adit
mengikut jejak langkahnya. Pak Katan akhirnya tidak memberi repons terhadap
permintaan yang masih berdegil.
Adit berubah sikap dan Mak Tawi berasa hairan lalu bertanyakan pada Pak
Katan. Teknik imbas kembali dalam bab ini ialah Adit teringat kedatangan
pegawai penerangan dan sikap endah tak endah oleh masyarakat mereka terhadap
dasar kerajaan.
Mak Tawi cuba memujuk Adit, tetapi Adit sudah lena tertidur. Pada pagi
seterusnya, Pak Katan tidak ke hutan sebalik ke pekan. Niat Pak Katan ke pekan
tidak diketahui kerana dia enggap menjawab pertanyaan Adit.
Bab 4 Dugaan untuk Adit
Adit berurusan dengan tauke Cina yang membeli hasil hutan sebelum
memeriksa belut di sungai untuk hasil tangkapan ikan. Ayah Adit, Pak Katan yang
baharu sahaja pulang dari pekan membawa khabar mengenai kemasukannya ke
sekolah, namun gagal mendapatkan asrama. Masalah timbul di sini ialah
pengangkutan akibat jarak yang jauh dari kediamannya. Kekecewaan terpancar pada
diri Adit yang akan menghadapi kesukaran ke sekolah. Namun, semasa memenangkan
diri di sungai, dia dipujuk Tijah, rakan baiknya, dan berjanji berbincang
dengan bapanya (Tuk Batin) mengenai masalah Adit.
Hujan lebat malam itu merisaukan Pak Katan tentang hasil hutan dan belat
di sungai yang tidak dapat di ambil. Tambah lagi kebuntuannya untuk
menyelesaikan masalah Adit, yang termenung sendiri memikirkan impiannya itu.
Bab 5 Riak ceria buat Adit.
Hujan masih lebat menyebabkan sebahagian rumah terkena tempias. Adit
diarah ayahnya mencari guni untuk menutup dinding dan ruang terbuka. Walau
bagaimanapun, hujan berhenti pada pagi itu. Rezeki tanpa diduga, seekor rusa
cedera terbaring di bawah rumah, dijualnya kepada Ah Tong, penyelia pekerja
balak.
Ah Tong agak pelik kerana Adit tidak ke sekolah biarpun sudah mendaftar,
namun diterangkan oleh Pak Katan. Dia mempelawa Adit menumpang kenderaannya dan
Adit begitu gembira dengan bantuan Ah Tong.
Bab 6 Adit mula ke sekolah
Esoknya, Adit mendaftarkan diri dan keperluannya dibeli oleh Pak Katan
di pekan. Dia gembira dengan suasana sekolah dan berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh.
Setelah pulang, dia memberitahu Tijah mengenainya. Tijah berminat untuk ke
sekolah tetapi akur akan kehendak ayahnya yang akan mencarikan jodoh buatnya
beberapa tahun kelak. Adit ingin memberitahu kepada semua orang mengenai
persekolahannya, namun, atas sikap negatif penduduk di situ mengenai
pendidikan, dia membatalkan hasratnya.
Ayah dan ibunya gembira melihat Adit yang mencuba pakaian baru. Malah,
ayahnya juga memberitahu bahawa dia sudah bekerja sebagai pembantu balak dengan
upah lebih baik daripada memungut hasil hutan. Adit begitu gembira dan
dinasihati ibu bapanya supaya menjaga diri dan tidak menimbulkan masalah di
sekolah.
Bab 7 Hari Pertama ke Sekolah
Hari pertama ke sekolah, Adi mandi pukul 4 pagi di sungai untuk pertama
kalinya, dan dijemput oleh Ah Tong dengan jipnya. Dia tiba terlalu awal dan
tertidur di depan pintu pagar sekolah. Pak Kassim, pengawal sekolah yang
terkejut melihat Adit tertidur, mengajak Adit bersarapan sambil berbicara
tentang kesudian Pak Kassim membantu serta hal Akeh.
Di kelas, dia jauh lebih tua berbanding rakan-rakannya dan sering diberi
perhatian oleh gurunya kerana tidak tahu membaca dan menulis. Tamat
persekolahan, dia bertemu Akeh dan pulang menaiki lori balak Pak Atan.
Adit mula mengejar masa ke sekolah dan meningkatkan prestasi
persekolahannya. Adit berpeluang untuk lompat kelas dan menggembirakan gurunya.
Walaupun begitu, Adit sering keletihan, kesihatannya terganggu dan semakin
kurus, namun, tidak pernah mengeluh.
Bab 8 Dugaan Terus Menimpa
Sudah dua bulan Adit bersekolah, tidak pernah ponteng dan masih
menumpang Ah Tong. Namun, pagi itu, Mak Tawi berasa tidak sedap hati. Menjelang
petang, Adit tidak pulang lagi sedangkan ayahnya sudah kembali ke rumah.
Menjelang hari semakin gelap, Pak Katan mengadu kepada Tok Batin mengenai hal
Adit yang tidak pulang-pulang lalu diarahnya orang-orang kampung mencari Adit.
Lima jam pencarian, rupa-rupanya, jip Ah Tong terbabas ke dalam gaung. Adit
cedera parah sementara Ah Tong mati di tempat kejadian.
Adit dihantar ke hospital dengan menaiki lori balak, mengalami
kehilangan darah yang banyak serta kakinya patah. Di rumah, Mak Tawi yang
tertunggu-tunggu bersama Mak Ca didatangi Bong yang memberitahu Adit ditemui
dan berada di hospital. Pak Katan menunggu di hospital, menantikan keadaan Adit
yang dirawat di bilik ICU. 2 jam kemudian, doktor mengatakan bahawa keadaan
Adit yang kian stabil.
Dua bulan Adit terlantar di hospital, dijaga ibu bapanya yang dibenarkan
tinggal di asrama jururawat. Adik-adiknya dijaga isteri Tok Batin. Dia sembuh,
namun kakinya tempang, tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan
persekolahan. Kesungguhan Adit ini mendapat perhatian pihak sekolah dan Jabatan
Hal Ehwal Orang Asli yang memberi bantuan dengan menawarkan tempat di asrama,
berkongsi katil dengan Akeh. Adit bersetuju dan menumpukan perhatian dalam
pelajaran sehingga mendapt tempat pertama.
Enam tahun berlalu, ramai anak orang asli mengikut jejak langkah Adit,
rajin bersekolah. Adit melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam
UPSR. Walaupun ditawarkan ke sekolah berasrama penuh, Adit enggan menerimanya
kerana situasi keluarga, sebaliknya berpendapat di mana sahaja boleh berjaya
asalkan berusaha.
No comments:
Post a Comment