KARANGAN JENIS LAPORAN
- Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat.
- Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.
- Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang munasabah atau lojik.
- Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.
- Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha.
- Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran.
- Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.
- Gunakan bahasa yang ringkas dan padat
Tajuk
Laporan :
Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris atau ditulis
dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah. Boleh
ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang.
Isi
Laporan:
Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.
Pengakuan
Pelapor:
Ditulis di sebelah kiri selepas
perenggan terakhir.
Tarikh:
Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan pengakuan pelapor.
Tandatangan
Pelapor :
Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.
Nama
Pelapor:
Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan.
Jawatan
Pelapor:
Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma di hujungnya .
Seterusnya ditulis nama persatuan yang diwakili.
Contoh Karangan Laporan.
Tajuk : Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah
anda. Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang telah
dijalankan oleh persatuan tersebut .Sediakan laporan itu selengkapnya.
Rangka:
1.Pendahuluan:
Penubuhan persatuan-anggota persatuan-tujuan penubuhan
2.Isi
a) Kegiatan-peraduan menulis
esei tentang sains-pemenang
b) Ceramah -pensyarah dari
USM
c) Gotong-royong membersihkan
kawasan sekolah
d) Lawatan ke Taman Ular
3.Penutup
Berterima kasih kepada guru penasihat.
SOALAN KARANGAN LAPORAN
Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau.
Persatuan Matematik dan
Sains dibentuk pada tahun 1982.Anggota-anggota persatuan ini berjumlah 60
orang. Mereka terdiri daripada pelajar
Tahun Empat hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu
,melalui persatuan ini,pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran
masing-masing.
Persatuan ini telah
menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 1995.Kegiatan-kegiatan tersebut
berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan
ialah”Peraduan Menulis Esei Tentang Sains”.Sambutan yang diberikan terhadap
peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Suriani
Mat Zin,pelajar Tahun Enam Mawar.
Kami juga menganjurkan
ceramah tentang sains dan matematik .Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah
dari Universiti Malaysia. Selain itu ,kami turut mengadakan gotong-royong
membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindahkan kawasan taman pra dengan
menanam berbagai jenis bunga dan menamakan
pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.
Pada cuti penggal kedua
persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil
lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang
dijalankan oleh pihak Institut
Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.
Pada keseluruhannya,kami
berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan .Kami juga berterima
kasih kepada guru penasihat,Cikgu Rosmini Jaafar yang banyak memberikan
bimbingan kepada kami.
Disediakan oleh,
25 Januari 1996
_______________
(AZMI SULAIMAN)
Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains
Sekolah Kebangsaan Darau, Jerteh,Terengganu.
- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format, - tolak 3 markah
- tajuk / perkara ( jika tiada- tolak 1 markah )
- nama pelapor ( jika tiada- tolak 1 markah )
- boleh ditulis dalam bentuk karangan biasa / catatan
Tajuk : Sekolah anda telah mengadakan Kempen Penggunaan Bahasa Baku. Anda
sebagai setiausaha Badan Pengawas Sekolah diminta membuat laporan tersebut.
LAPORAN KEMPEN
PENGUNAAN BAHASA BAKU
Pada 15 hingga 22
Februari 1997 , Sekolah Kebangsaan Darau telah mengadakan Kempen Penggunaan
Bahasa Baku. Kempen ini telah dilancarkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Besut
, Encik Ahmad Harif.
Tujuan kempen ini
diadakan adalah untuk meluaskan penggunaan bahasa baku di kalangan murid-murid.
Di samping itu, kempen ini juga bertujuan untuk memupuk minat pelajar mendalami
bahasa kebangsaan.
Sempena kempen ini,
pelbagai acara menarik telah dijalankan. Bagi murid-murid Tahun 4, 5 dan 6
pertandingan syarahan, perbahasan, mengarang esei telah dianjurkan. Manakala
bagi murid-murid Tahun 1, 2, dan 3 pula diadakan pertandingan membaca sajak dan
bercerita.
Pada hari penutup, Tuan
Guru Besar melahirkan rasa kesyukuran kerana kempen ini telah berjalan dengan
lancar. Para pemenang setiap pertandingan telah diberi hadiah berupa wang tunai
dan sijil penghargaan.
Disediakan oleh,
……………………
(OSMAN BIN JUSOH )
Setiausaha,
Badan Pengawas,
Sekolah Kebangsaan Darau, Jerteh.
No comments:
Post a Comment