Sunday 10 June 2012

BANK SOALAN


BANK SOALAN


Nama: Tingkatan:
SULIT                                                                                                                
02/1
Bahasa Melayu
Kertas 1
1½ jam

Tingkatan 3                    

SEKOLAH ALAM SHAH
JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN RAZAK
56000 KUALA LUMPUR
PEPERIKSAAN PERTAMA 2001
BAHASA MELAYU

Kertas 1
Satu jam tiga puluh minit




Soalan 1 hingga Soalan 7

Baca cerpen di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

“Main; bermain-main.” Kata-kata itu mula bermain dalam benak Pak
Dollah. Setahunya, makna kata-kata itu amat luas dan dalam.
Pak Dollah tahu bahawa semua orang suka bermain-main kerana
bermain-main amat menyeronokkan. Dengan bermain-main kita dapat
menghiburkan hati yang risau. Dengan bermain-main, kita dapat melegakan
fikiran yang kusut-masai.
Budak-budak gemar bermain-main. Orang dewasa pun gemar bermainmain. Mereka bermain-main pada waktu siang dan malam. Mereka bermainmain tanpa mengira tempat dan waktu.
Apabila budak-budak leka bermain-main, mereka mendapat luka. Apabila
orang dewasa asyik bermain-main, mereka mendapat luka juga. Bermain-main
akan mendatangkan mudarat!
Sewaktu bermain-main, baik budak-budak mahupun orang dewasa mesti
mencuba mempermainkan orang lain dan ada yang dipermainkan oleh orang
lain.
Jadi, kata “kena main” sudah menjadi suatu sebutan yang biasa dalam
kehidupan manusia sehari-hari.
Wajah beberapa orang budak bermain-main dalam ingatan Pak Dollah.
Budak-budak itu semuanya membesar di depan matanya sendiri. Mula-mula,
Pak Dollah teringat akan Sahak. Sahak kini merengkuk di dalam penjara kerana
kesalahan mengedarkan dadah. Nasibnya baik. Dia dicampakkan ke dalam 2
penjara hanya lima tahun kerana jumlah dadah yang diedarkannya sedikit
sahaja.



Sebelum menjadi jahat, Sahak bukan main baiknya. Dia menjadi jahat
setelah bercampur dengan budak-budak liar. Pada mulanya dia menghisap
dadah untuk bermain-main saja. Akhirnya dia terjebak.
Kemudian, Pak Dollah teringat akan Jiman kaki judi. Mula-mula, dia
bermain dengan kawan-kawannya di belakang balai raya. Lama-lama, dia
ketagih terup. Jumlah wang yang dipertaruhkan pun semakin banyak.
Tidak puas dengan bermain terup, Jiman bermain kuda pula. Sampai
teruk kena tendang kuda pun Jiman tidak serik. Sekarang, Jiman keluar masuk
gelanggang lumba kuda seperti keluar masuk pejabat.
Pak Dollah teringat akan kisah lucu anak saudaranya sendiri yang
bernama Ripin. Umur Ripin 17 tahun, masih mentah lagi. Ubun-ubunnya masih
lembik, tetapi sudah pandai berkawan dengan perempuan. Budak perempuan
yang digilainya itu muda setahun daripadanya.
                                                                                - M. Fuad Salim 1987
1  Bilakah perbuatan bermain-main itu biasanya dilakukan?
    A  pada waktu siang sahaja
    B  bila-bila masa dan di mana-mana sahaja
    C  tiap-tiap waktu kecuali siang dan malam
    D  apabila ada kelapangan



2  Terangkan maksud rangkai kata ubun-ubunnya masih lembik dengan
     berdasarkan penggunaannya dalam petikan.
    A  kurang berpengalaman
    B  tidak dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk
    C  masih baru dilahirkan
    D  masih mentah

3  Mengapakah perbuatan bermain-main dianggap menyeronokkan?
    A  menghilangkan perasaan tidak tenteram
    B  kurang diminati oleh semua golongan
    C  fikiran akan menjadi kusut-masai
    D  dapat memenuhi masa lapang

4  Apakah kesan kepada mereka yang leka bermain-main?
    A  akan menjadi sebutan orang
B  cuba mempermainkan orang lain
C  akan dipermainkan orang
D  akan mendapat akibat yang tidak baik

5  Simpulan bahasa yang sesuai dengan keadaan yang dialami oleh Ripin dan
    kawannya ialah…
    A  keras hati.
    B  cinta monyet.
    C  lidah biawak.
    D  tangkai jering.3

6  Apakah sikap yang sesuai dikaitkan dengan Pak Dollah?
     A  pemerhati masyarakat
     B  menjaga tepi kain orang
    C  kuman di seberang nampak, gajah di depan mata tidak kelihatan
    D  tidak mengambil berat kehidupan masyarakat

7  Terangkan maksud rangkai kata kena main dengan berdasarkan
     penggunaannya dalam petikan.
    A  menjadi alat
    B  menjadi baik
    C  menjadi mangsa
    D  menjadi jahat

Soalan 8 hingga Soalan 14
Baca sajak di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

DI PERPUSTAKAAN
Melangkah ke ruangmu
suatu pertukaran yang kontras
dari kehangatan merata
terlalu hening di sini
gua pelita bersemadi
di puncak sepi
di sana sini
kepala-kepala tunduk meneliti
mata dan fikir bersebati
Maju ke ruang buku
terlalu kerdil aku di sini
terapung di lautan ilmu
tercurah berzaman
dalam tak terselam
betapa pun kulayari
bahtera ilmu di sini
tak teroka
yang akan kucatat
hanya setitik dari tinta
yang akan kupetik
Hanya sebiji dari mutiara
engkau adalah pusaka moyang
gedung peradaban insan
terhimpun berzaman
Bersemadi di sini
aku ialah pelayar yang dahaga
di dada samudera tak berpantai4
betapa pun kuteguk darinya
dahaga tak pernah langsai.

8  Apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dengan frasa gua pelita bersemadi?
    A  Perpustakaan merupakan tempat tinggalan para cendekiawan.
    B  Perpustakaan bolehlah dianggap seperti gua di mana di situlah para
        cendekiawan disemadikan.
    C  Perpustakaan merupakan tempat segala pemikiran dan idea para
        cendekiawan diabadikan.
    D  Perpustakaan ibarat gua yang perlu diterokai kerana khazanah ilmu yang
         terdapat di dalamnya.

9  Apakah yang cuba digambarkan oleh penyajak dalam rangkap pertama?
    A  Orang ramai menundukkan kepala apabila berada di perpustakaan.
    B  Suasana yang berbeza di dalam dan di luar perpustakaan.
    C  Suasana susunan buku yang cukup teratur di perpustakaan.
    D  Orang ramai sentiasa berhati-hati apabila berada di perpustakaan.

10 Apakah perbezaan antara keadaan di dalam perpustakaan dengan di luar
     perpustakaan menurut penyajak?
     A  Suhu di luar perpustakaan lebih nyaman daripada suhu di dalam
          perpustakaan yang lebih panas.
     B  Suasana di dalam perpustakaan lebih tenang berbanding dengan suasana
          di luar perpustakaan.
     C  Orang ramai suka berbual-bual di dalam perpustakaan berbanding dengan
          di luar perpustakaan.
     D  Orang ramai menggunakan masa yang terluang untuk membaca di dalam
          perpustakaan berbanding dengan jika berada di luar perpustakaan.

11  Mengapakah penyajak menyatakan bahawa ia berasa kerdil apabila berada
      di perpustakaan?
      A  Ruang perpustakaan terlalu besar berbanding dengan dirinya.
      B  Penyajak masih berada di sekolah berbanding dengan pengunjung lain
          yang terdiri daripada orang-orang dewasa.
      C  Penyajak kurang berilmu pengetahuan berbanding dengan pengunjung-
          pengunjung yang lainnya.
      D Terdapat banyak ilmu yang terhimpun di perpustakaan berbanding dengan
          ilmu yang ada pada penyajak.

12  Yang berikut ada kaitan dengan rangkap ketiga kecuali…
      A  meskipun sedikit yang didapati, namun cukup bermakna.
      B  perpustakaan merupakan gedung ilmu sejak turun-temurun.
      C  di perpustakaan terdapat banyak ilmu sejak perkembangan tamadun
           manusia.
      D  di perpustakaan pasti terdapat buku-buku mengenai sejarah asal
           keturunan mereka.5

13  Apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dengan frasa gedung peradaban
      insan?
      A  tempat di mana segala peradaban manusia bermula
      B  tempat manusia mempertingkatkan tamadun
     C  tempat ilmu berkaitan dengan peradaban manusia dapat diperoleh
     D  tempat manusia boleh berjual beli tamadun manusia

14  Apakah yang dilakukan oleh penyajak ketika berada di perpustakaan pada
      hari itu?
      A  Penyajak hanya mampu memperhatikan keadaan sekeliling perpustakaan
           sahaja.
      B  Penyajak menjadi pencari ilmu yang tidak pernah pupus.
      C  Penyajak meminjam sebuah buku sahaja di perpustakaan.
      D  Penyajak hanya membaca sebuah buku yang berkaitan dengan adat
           resam masyarakat penyajak.

No comments:

Post a Comment