Sunday 10 June 2012

OMBAK RINDU


SAJAK GURU OH GURU ( USMAN AWANG)



LATIHAN

LATIHAN KATA NAMA

Tatabahasa :  Kata Nama


Latihan 1Soalan 1 hingga Soalan 5 Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih perkataan yang paling sesuai.
1.
Pemakanan yang _______________ amat penting untuk menjamin kesihatan   kita.
A.
seimbang
B.
keseimbangan
C.
imbang
D.
imbangan
2.
Saya sering ke situ untuk melihat ___________________ yang cantik.
A.
pandangan
B.
pemandangan
C.
pandang-pandang
D.
pandang
3.
____________  negara itu berjaya meluaskan empayarnya dengan menakluk negara-negara lain.
A.
Pemerintahan
B.
Perintah
C.
Pemerintah
D.
Memerintah
4.
Kerajaan memberikan_____­­­­_____kepada petani-petani dalam bentuk subsidi untuk  menanam kelapa sawit.
A.
jemputan
B.
insentif
C.
perintah
D.
seruan
5.
Pada hari itu Cikgu Munir mengajar para pelajarnya tentang sistem _________________ negara.
A.
undangan
B.
perundangan
C.
undang
D.
pengundang

Soalan 6 dan Soalan 7Sebahagian daripada ayat-ayat di bawah ini telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mempunyai kesalahan dalam penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Pilih jawapan yang betul.
6.
Mereka sedang membincangkan lain-lain hal sebelum bersurai.
A.
hal lain-lain
B.
lain hal-hal
C.
hal-hal lain
D.
lain-lain hal
7.
Ali Kedai Gunting Rambut akan dibuka dari hari Isnin hingga hari Sabtu.
A.
Kedai Ali Gunting Rambut
B.
Ali Rambut Kedai Gunting
C.
Kedai Gunting Rambut Ali
D.
Ali Kedai Gunting Rambut

BANK SOALAN


BANK SOALAN


Nama: Tingkatan:
SULIT                                                                                                                
02/1
Bahasa Melayu
Kertas 1
1½ jam

Tingkatan 3                    

SEKOLAH ALAM SHAH
JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN RAZAK
56000 KUALA LUMPUR
PEPERIKSAAN PERTAMA 2001
BAHASA MELAYU

Kertas 1
Satu jam tiga puluh minit

Contoh Karangan Jenis Berita


Contoh Karangan Jenis Berita

Anda pemberita dari sebuah akhbar tempatan. Anda diminta menulis rencana yang berkaitan dengan keracunan makanan. Tulislah rencana tersebut selengkapnya.


Bahaya Keracunan Makanan.

Oleh: Khairul Faizin Ahmad

Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar berita tentang berlakunya kes keracunan makanan. Lebih malang lagi, apabila berlakunya kematian yang berpunca daripada keracunan makanan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

Menurut sumber-sumber daripada Kementerian Kesihatan, dari Januari hingga Ogos tahun ini, terdapat tiga belas kes kerecunan makanan yang melibatkan 801 orang termasuk satu kematian. Daripada jumlah tersebut, 601 mangsa terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah.
Ini jelas menunjukkan bahawa golongan pelajar merupakan golongan paling tinggi yang terlibat dengan keracunan makanan. Hal ini berlaku kerana golongan pelajar khususnya yang tinggal di asrama sering terdedah kepada penyediaan makanan yang tidak sempurna di kantin atau di asrama sekolah. Selain golongan pelajar, golongan kanak-kanak yang sememangnya mempunyai daya ketahanan baban yang lemah juga sering diserang oleh keracunan makanan.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak kes yang tidak dilaporkan. Hal ini demikian kerana sebahagian daripada masyarakat masih kurang mempunyai pengetahuan tentang wabak ini. Golongan ini, biasanya terdiri daripada masyarakat luar bandar.

Menurut Doktor Ramlah Yaakub, dari Hospital Universiti Petaling Jaya, punca keracunan makanan adalah akibat daripada proses penyediaan makanan yang tidak sempurna seperti makanan yang kotor, tidak dimasak dengan baik, dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah C. Di samping itu, terdapat juga buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dicuci serta tangan pemakan itu sendiri yang tidak berbasuh sebelum memegang makanan.

Golongan Kata

Kata Ganti
Kata Kerja
Kata Adjektif
Kata Hubung
Kata Seru
Kata Tanya
Kata Perintah
Kata Pangkal Ayat
Kata Bantu
Kata Penguat
Kata Penegas
Kata Nafi
Kata Pemeri
Kata Sendi Nama Sendi 2
Kata Pembenar
Kata Bilangan
Kata Keterangan
Kata Arah

Pengimbuhan

Kata Adjektif ( Kata Sifat )


Kata Adjektif ( Kata Sifat )

Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu

kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.

1.       Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.

A. Jenis-jenis kata Adjektif

3.       Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.

Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.


1. Adjektif Jati

          Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.

          Contoh

          Buku itu berwarna biru.

          Budak kurus itu kawan saya.

2. Ajdektif Bilangan atau pecahan

          Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.

          Contoh

          Ayah memiliki dua buah kereta.

          Saya membeli beberapa kuntum bunga.

3. Adjektif Tunjuk

          Ia menunjukkan “bagaimana” / “yang mana”

KASUT KELOPAK JANTUNG

CERPEN TINGKATAN 1 : KASUT KELOPAK JANTUNG


ANALISIS KOMSAS CERPEN
“KASUT KELOPAK JANTUNG”
Oleh: DR. GHAZALI LATEH


SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan Cikgu Harun yang menerima bungkusan hadiah setiap tahun, terutamanya pada Hari Guru teringat semula peristiwa yang berlaku tiga puluh tahun dahulu sewakta beliau bertugas sebagai guru di kawasan pedalaman. Cikgu Harun sememangnya seorang guru yang tegas dalam soal keceriaan pelajar dan kelas. Beliau memarahi Ahmad yang tidak memakai kasut sekolah walaupun sudah tiga minggu sesi pesekolahan bermula. Di padang sekolah, Ahmad sekali lagi dimarahi Cikgu Harun kerana tidak membawa pakaian sukan. Oleh sebab itu, Cikgu Harun mendenda Ahmad dengan menyuruhnya mancari tali rafia untuk mengikat kelopak jantung pisang pada bahagian kakinya untuk dijadikan “kasut”. Ahmad merupakan murid yang patuh akan arahan gurunya terus mengikat kelopak jantung pisang. Dia berasa malu atas denda yang dikenakan oleh Cikgu Harun yang sebenarnya mahu Ahmad membeli kasut sekolah demi keselamatan kakinya. Selepas hari persekolahan tamat, Ahmad berlari ke rumah supaya kasut kelopak jantungnya tidak dikesan oleh kawan-kawan. Sejak hari itu, Ahmad tidak hadir ke sekolah. Cikgu Harun hairan akan perkara tersebut dan mengetahui bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah. Cikgu Harun yang berasa kesal atas dendanya terhadap Ahmad pula mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui perkara yang sebenar. Akhirnya, dia mengetahui bahawa Ahmad tinggal bersama ibunya yang uzur dan tua tidak mampu membeli kasut sekolah dan terpaksa mengambil upah memetik cili di kebun orang lain. Cikgu Harun yang tersentuh akan kedaifan Ahmad telah membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah. Ahmad yang berterima kasih atas pemberian Cikgu Harun telah belajar dengan gigih dan menjadi seorang pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka. Sejak itu, Ahmad menghadiahkan kasut kepada Cikgu Harun sebagai membalas jasa gurunya, Cikgu Harun.

KARANGAN JENIS DIALOG / TEMU RAMAH / PERBUALAN / WAWANCARA


KARANGAN JENIS DIALOG / TEMU RAMAH / PERBUALAN / WAWANCARA

Format Karangan

1.    Terbahagi kepada dua jenis

·         Dialog dan perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya khaba r dan  perbualan menerusi telefon.)
·         Wawancara dan temu ramah ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang lebih dihormati ,atau ingin tahu tahu sesuatu perkara )
2.    Seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama

3.    Setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang.


Contoh karangan jenis wawancara

Andaikan anda seorang pemberita. Anda ditugaskan mewawancara seorang pegawai polis di sebuah bandar di tempat anda bertugas. Wawancara itu membincangkan peranan pihak polis dalam mencegah masalah jenayah. Sediakan wawancara itu dengan lengkap.

Masalah jenayah sering dikaitkan dengan tugas dan peranan polis. Dalam membenteras masalah tersebut, polislah yang bertanggungjawab memastikan setiap individu dan masyarakat terselamat daripada ancaman tersebut. Untuk mengetahui peranan pihak polis ini, saya selaku pemberita ditugaskan mewawancara Penguasa Yusuf Majid, seorang pegawai polis di bandar ini. Kita ikuti wawancara tersebut.

Pemberita :Selamat pagi, tuan. Apa khabar?

Pegawai Polis :Selamat pagi. Khabar baik.

Pemberita:Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada tuan kerana sudi meluangkan masa untuk diwawancara. Pertamanya, polis dan undang-undang sering diibaratkan sebagai aur dengan tebing. Kedua-duanya begitu rapat dan sering berjalan seiring. Apakah pandangan tuan tentang perkara ini?

SUKAR MEMBAWA TUAH

NOVEL: TINGKATAN SATU SUKAR MEMBAWA TUAH

















SINOPSIS:


SINOPSIS BAB 1 – NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH

Bab 1 – Inilah Dunia Kami

Sebaik sahaja sang suria memancarkan sinarnya, Pak Katan sudah bersiap sedia untuk ke hutan bagi memulakan pekerjaan rutinnya, iaitu mencari rotan di hutan. Adit turut bersama-sama ayahnya mencari rotan di hutan pada pagi itu. Adit sudah lali dengan kerja-kerja mencari dan menyediakan tali untuk mengikat rotan yang bakal dikutip dari hutan. Sebelum itu, Adit pergi ke sungai terlebih dahulu untuk mengangkat belat yang dipasang oleh ayahnya dengan harapan mereka mendapat banyak ikan. Nasib menyebelahinya kerana belat yang dipasang dipenuhi dengan ikan-ikan yang terlekat. Setelah itu, dia meletakkan kembali belat tersebut dan mendayung sampannya pulang ke rumah, serta bersiap-siap untuk menemani ayahnya ke hutan selepas sarapan pagi.

Nota:

Bab 1 ini mengisahkan penduduk orang asli kaum Jahut yang tinggal dikawasan hutan di Bukit Lokan. Mereka mengamalkan kepercayaan anemisme yang masih tidak mempunyai agama. Pak Katan ialah ayah kepada Adit. Isterinya Mak Tawi. Mereka tinggal di rumah yang beratapkan rumbia. Mereka menyara diri dengan mengutip hasil hutan seperti rotan, memburu binatang dan bercucuk tanam.

Bab 2 – Rutin Harian Adit Bermula

Adit dan ayah ke hutan. Adit berpakaian lusuh tidak menghiraukan keadaannya itu, lantaran kehidupannya miskin. Mereka mendamar dan mengutip hasil hutan untuk membeli makanan dan keperluan harian, tetapi kurang mampu untuk membeli pakaian baru.

Masyarakat menjual hasil mereka kepada tauke Cina. Tahap pendidikan yang rendah dan kemudahan infastruktur yang sangat menyedihkan menyebabkan kehidupan mereka terhimpit. Pekan terhampir kira-kira 30km dan barang keperluan hanya diperolehi melalui pekerja balak yang berulang-alik ke sana. Agensi kerajaan ada membantu, tetapi mereka selesa di sini.

Masyarakat di situ masih berpegang teguh pada kepercayaan nenek moyang dan sanggup bermati-matian demi warisan hutan nenek moyang mereka. Namun, penerokaan menghimpit kehidupan mereka. Adit tidak bersekolah biarpun sudah berusia hampir 11 tahun, sementelahan ayahnya yang mementingkan ilmu hutan sebagai pendidikan asas kepada Adit.

Persoalan ditimbulkan Adit mengenai kepupusan hasil hutan dan nasib mereka, akan tetapi dinafikan oleh ayahnya yang sedar akan realiti itu. Seraya, Adit teringatkan akan Akeh, satu-satunya rakannya bersekolah,tinggal di asrama dan ditanggung oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Bercita-cita menjadi jurutera, Akeh ingin berbakti kepada masyarakat orang asli.

Minat Adit untuk bersekolah timbul dengan ajakan dan cerita-cerita Akeh, tetapi, tidak dinyatakan kepada ayahnya.

Bab 3 Impian Adit

Dalam bab ini memfokuskan Adit yang terlalu ingin ke sekolah. Hasratnya itu akhirnya diluahkan semasa berakit membawa rotan. Namun, permintaannya itu dibalas dengan pendirian ayahnya yang mementingkan tradisi sedangkan tujuannya mengubah nasib keluarga. Biarpun Pak Katan memahami, tetapi dia mahukan Adit mengikut jejak langkahnya. Pak Katan akhirnya tidak memberi repons terhadap permintaan yang masih berdegil.

Adit berubah sikap dan Mak Tawi berasa hairan lalu bertanyakan pada Pak Katan. Teknik imbas kembali dalam bab ini ialah Adit teringat kedatangan pegawai penerangan dan sikap endah tak endah oleh masyarakat mereka terhadap dasar kerajaan.

Mak Tawi cuba memujuk Adit, tetapi Adit sudah lena tertidur. Pada pagi seterusnya, Pak Katan tidak ke hutan sebalik ke pekan. Niat Pak Katan ke pekan tidak diketahui kerana dia enggap menjawab pertanyaan Adit.

Bab 4 Dugaan untuk Adit

Adit berurusan dengan tauke Cina yang membeli hasil hutan sebelum memeriksa belut di sungai untuk hasil tangkapan ikan. Ayah Adit, Pak Katan yang baharu sahaja pulang dari pekan membawa khabar mengenai kemasukannya ke sekolah, namun gagal mendapatkan asrama. Masalah timbul di sini ialah pengangkutan akibat jarak yang jauh dari kediamannya. Kekecewaan terpancar pada diri Adit yang akan menghadapi kesukaran ke sekolah. Namun, semasa memenangkan diri di sungai, dia dipujuk Tijah, rakan baiknya, dan berjanji berbincang dengan bapanya (Tuk Batin) mengenai masalah Adit.

Hujan lebat malam itu merisaukan Pak Katan tentang hasil hutan dan belat di sungai yang tidak dapat di ambil. Tambah lagi kebuntuannya untuk menyelesaikan masalah Adit, yang termenung sendiri memikirkan impiannya itu.

Bab 5 Riak ceria buat Adit.

Hujan masih lebat menyebabkan sebahagian rumah terkena tempias. Adit diarah ayahnya mencari guni untuk menutup dinding dan ruang terbuka. Walau bagaimanapun, hujan berhenti pada pagi itu. Rezeki tanpa diduga, seekor rusa cedera terbaring di bawah rumah, dijualnya kepada Ah Tong, penyelia pekerja balak.

Ah Tong agak pelik kerana Adit tidak ke sekolah biarpun sudah mendaftar, namun diterangkan oleh Pak Katan. Dia mempelawa Adit menumpang kenderaannya dan Adit begitu gembira dengan bantuan Ah Tong.

Bab 6 Adit mula ke sekolah

Esoknya, Adit mendaftarkan diri dan keperluannya dibeli oleh Pak Katan di pekan. Dia gembira dengan suasana sekolah dan berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh. Setelah pulang, dia memberitahu Tijah mengenainya. Tijah berminat untuk ke sekolah tetapi akur akan kehendak ayahnya yang akan mencarikan jodoh buatnya beberapa tahun kelak. Adit ingin memberitahu kepada semua orang mengenai persekolahannya, namun, atas sikap negatif penduduk di situ mengenai pendidikan, dia membatalkan hasratnya.

Ayah dan ibunya gembira melihat Adit yang mencuba pakaian baru. Malah, ayahnya juga memberitahu bahawa dia sudah bekerja sebagai pembantu balak dengan upah lebih baik daripada memungut hasil hutan. Adit begitu gembira dan dinasihati ibu bapanya supaya menjaga diri dan tidak menimbulkan masalah di sekolah.

KARANGAN JENIS FAKTA / RENCANA

KARANGAN JENIS FAKTA / RENCANA
Sekiranya anda memilih untuk membuat karangan jenis ini, pastikan ianya:

  • Ditulis dalam bentuk format biasa
  • karangan ini memerlukan kita mempunyai pengetahuan yang luas.
  • jadi perlu banyak membaca buku, majalah, surat khabar dan sebagainya
  • fahamkan kehendak soalan. Contohnya karangan yang bertajuk burung.Tuliskan apa yang kamu tahu tentang burung. Karangan ini mungkin disalah tasirkan sebagai burung yang murid sukai atau burung peliharaan murid.
  • pastikan anda benar-benar tahu dan mempunyai fakta yang betul tentang tajuk.
  • senaraikan fakta-fakta / isi yang diketahui dan susun mengikut kepentingannya.
  • setelah mengemukakan pengenalan, tulis bahagian isi
  • pastikan anda dapat menyediakan 4 isi
  • kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi
  • setiap isi haruslah dihuraikan berserta contoh yang sesuai dengan menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami. Jika boleh sertakan kesannya.
  • masukkan perangkaan atau peristiwa untuk menguatkan kenyataan.
  • setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup.
  • gunakan bahasa yang tepat, usah leret-leret.

Karangan Jenis Laporan.


KARANGAN JENIS LAPORAN


  • Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat.
  • Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.
  • Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang munasabah atau lojik.
  • Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.
  • Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha.
  • Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran.
  • Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.
  • Gunakan bahasa yang ringkas dan padat

 

Saturday 9 June 2012


BAHASA JIWA BANGSA

Salam sejahtera,

Pergi membeli seekor angsa,
Angsa dibeli di Pekan Selasa;
Satu bangsa satu bahasa,
Maju bahasa majulah bangsa. 

Hembusan bayu membelai jiwa,
Menghapus lelah segenap keringat;
Bahasa Melayu bahasa perantara,
Menjalin ukhuwah sesama rakyat.


SURAT RASMI


Surat Rasmi

A. Jenis surat rasmi:



i. Surat aduan – sampah, gejala sosial, kafe siber, masalah pencemaran, kilang haram dan sebagainya.
ii. Surat permohonan – pekerjaan, kemudahan asas, kemudahan sekolah dan sebagainya.
iii. Surat bantahan – bantahan sesuatu perkara yang mendatangkan masalah atau kesan negatif.
iv. Surat cadangan – cadangan mengadakan sesuatu, cadangan mengatasi sesuatu masalah dan sebagainya.
v. Surat jemputan – perkahwinan, menghadiri majlis dan sebagainya.


B. Penerima dan alamat surat rasmi.

i. Penerima surat rasmi – penerima perlu sesuai dengan situasi surat yang ditulis. Contohnya, jika kebakaran (bomba – Ketua Balai Bomba), kecurian (polis – Ketua Balai Polis XXXXXX), sampah sarap (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur – Ketua Penguat Kuasa), jabatan kerajaan (Pengarah) dan sebagainya.


ii. Alamat penerima – Jika anda tidak pasti alamat penerima, jangan bimbang kerana anda boleh menciptanya sendiri. Contohnya, jika alamat individu (ada nombor rumah, ada nama jalan, ada nama taman, ada poskod, ada nama bandar, ada negeri). Jika alamat jabatan kerajaan atau agensi kerajaan (ada tingkat, ada nama bangunan, ada nama jalan, ada poskod, ada nama bandar, ada nama negeri).


Contoh : Masalah sampah sarap tidak diangkut.


Ketua Penguat Kuasa
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
Tingkat 5, Bangunan Menarajaya,
Jalan Bunga Raya,
56000 Kuala Lumpur.

Thursday 7 June 2012

Puisi Tradisional Antalogi Dirgahayu Bahasaku


PUISI TRADISIONAL ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

GURINDAM TONGAK DUA BELAS
Mohd Sidek Mohd Dollah (Mas Adeki) (Penyelenggara)

Hendak pandai mengahargai masa,
Jangan dinanti esok lusa.

Ketekunan akan membawa kejayaan,
Kegigihan bekerja dengan keupayaan.

Wajah ceria keseronokan bekerja,
Usah berduka bermuram durja.

Hidup alam kemuliaan kesederhanaan,
Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.

Ketinggian peribadi jadi amalam,
Ketelusan hati jadi bekalan.

Kekuatan sifat baik hati,
Bertimbang rasa dan bersimpati.

Pengaruh kepeimpinan melalui teladan,
Baik buruk jadikan sempadan.

Menjadi kewajipan menjalan tugas,
Walaupun sederhana tetapi tegas.

Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,
Tidak membazir teliti saksama.

Keutamaan kesabaran fikiran tenang,
Perkara susah menajdi senang.